Biamillahirahmanirahim....Alhamdullilah...hari nak post pasal rahsia setiap pergerakan di dalam solat 5 waktu sehari semalam...kadang-kadang ada diantara kita tidak mengetahuinya. Saya sendiri pun tidak tahu dengan mendalam rahsia-rahsia disebaliknya sehinggalah saya terbaca artikel ni..Saya rasa ingin berkongsi perkara ini dengan semua.IsyaAllah sama-sama lah kita cuba melakukan yang terbaik untuk kita,masyarakat dan agama.Ok...beralih kepada tajuk pertam tadi,untuk pengetahuan semua terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.
1.TAKBIR
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas
dihirup.Waktu itu,paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar.Mendakap
tangan ke dada memberikan kesan sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan
mengeluarkan nafas.
2.BERDIRI
Berdiri tegak dan lurus menjadikan beban tubuh tertumpu pada
kedua-dua tapak kaki secara seimbang.Secara ortopedik,rutin ini melatih
kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban
tubuh secara rutin.
3.RUKUK
Posisi rukuk,terutama ketika peralihan menuju
iktidal,memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang
kemaluan.Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah kanser prostat.
4.SUJUD
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran
darah ke arah otak,khususnyan darah di saluran vena.Ini menyabakan pengembalian
darah menuju jantung lebih mudah.
5.DUDUK IFTIRASY
Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan
kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian peha.Bertemunya lipatan peha dan
betis meningkatkan pengeluaran peluh.Ini mampu mencegah pengapuran dengan
mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada di lipatan peha.
6.TRANSISI
Pergerakn daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang
berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ
pencernaan,sistem kencing,jantung dan saluran darah.
7.THUMA’NINAH
Thuma’nianah atau berhenti seketika.Rutin solat menjadi masa
rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh,hati,dan fikiran kita
menjadi segar kembali.
8.SALAM
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri
berguna bagi merengangkan otot kepala dan leher.Ini menjadi senaman dalam
memelihara keanjalan kulit wajah.Gerakan salam juga membawa kesan ekspilit
supaya kita menyebarkan salam kedamaian ke seluruh lingkungan tempat kita
berinteraksi.





