Tuesday, 13 March 2012

RAHSIA PERGERAKAN SOLAT DARI SUDUT SAINS

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.........
     Biamillahirahmanirahim....Alhamdullilah...hari nak post pasal rahsia setiap pergerakan di dalam solat  5 waktu sehari semalam...kadang-kadang ada diantara kita tidak mengetahuinya. Saya sendiri pun tidak tahu dengan mendalam rahsia-rahsia disebaliknya sehinggalah saya terbaca artikel ni..Saya rasa ingin berkongsi perkara ini dengan semua.IsyaAllah sama-sama lah kita cuba melakukan yang terbaik untuk kita,masyarakat dan agama.Ok...beralih kepada tajuk pertam tadi,untuk pengetahuan semua terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat.

  
1.TAKBIR
Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup.Waktu itu,paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar.Mendakap tangan ke dada memberikan kesan sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.
2.BERDIRI
Berdiri tegak dan lurus menjadikan beban tubuh tertumpu pada kedua-dua tapak kaki secara seimbang.Secara ortopedik,rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima serta menampung beban tubuh secara rutin.
3.RUKUK
Posisi rukuk,terutama ketika peralihan menuju iktidal,memberi tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan.Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah kanser prostat.
4.SUJUD
Sujud yang wajib sebanyak 34 kali sehari menjamin aliran darah ke arah otak,khususnyan darah di saluran vena.Ini menyabakan pengembalian darah menuju jantung lebih mudah.
5.DUDUK IFTIRASY
Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian peha.Bertemunya lipatan peha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh.Ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada di lipatan peha.
6.TRANSISI
Pergerakn daripada satu kedudukan ke kedudukan lain yang berlaku sekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan,sistem kencing,jantung dan saluran darah.
7.THUMA’NINAH
Thuma’nianah atau berhenti seketika.Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga tubuh,hati,dan fikiran kita menjadi segar kembali.
8.SALAM
Gerakan salam iaitu memutar kepala ke kanan dan ke kiri berguna bagi merengangkan otot kepala dan leher.Ini menjadi senaman dalam memelihara keanjalan kulit wajah.Gerakan salam juga membawa kesan ekspilit supaya kita menyebarkan salam kedamaian ke seluruh lingkungan tempat kita berinteraksi.

Monday, 12 March 2012

ADAB-ADAB ROHANIAH

Alhamdullilah..tetiba hari ini rasa macam nak post sesuatu yang berfaedah untuk semua....Nak post pasal adab-adab masa kita berzikir.Selain adab-adab zahir seperti menjaga kebersihan pakaian dan persekitaran, disamping memilih waktu dan tempat yang mustajab, terdapat adab-adab rohaniah yang perlu dipelihara dan di titik beratkan. Bahkan ia merupakan perkara asas dalam amalan. Faktor utama mendorong seseorang menikmati kelazatan munajat:

  1. Meluangkan masa yang lebih untuk merasai kelazatan munajat. Ini kerana khusyuk ada kalanya tidak dapat dilakukan dalam waktu yang singkat.
  2. Mengosongkan diri daripada segala perkara dunia yang memenuhi dan mengcengkam ruang hati.
  3. Menjernihkan hati dengan nilai-nilai murni yang trdapat dalam ajaran agama Islam
  4. Meyakini bahawa material semata-mata tidak dapat menyelamatkan manusia daripada neraka.
  5. Menghilangkan sifat-sifat kehaiwanan(nafsu dan sikap rakus) yang menghadangi dialog dengan ALLAH
  6. Membuang pengetahuan yang dicapai secara external yang menjadi prasangka sesat dan menjadi penghalang pencapaian rohani
  7. merenung dan memerhati alam dan diri sendiri untuk merasai kebesaran ALLAH SWT
  8. Memehami tabiat jiwa sendiri. Ia adalah lebih penting daripada seseorang itu berdakwa tahu hal-hal lain
  9. Mengingati Allah lebih daripada lintasan-lintasan fikiran sendiri.  

WALLAHUALAM......RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..
Bersama-samalah kita berperbanyakan berzikir..saya mengingati diri saya sendiri juga.Sebagai hamba                         Allah tidak terlepas daripada melakukan dosa..