Monday, 12 March 2012

ADAB-ADAB ROHANIAH

Alhamdullilah..tetiba hari ini rasa macam nak post sesuatu yang berfaedah untuk semua....Nak post pasal adab-adab masa kita berzikir.Selain adab-adab zahir seperti menjaga kebersihan pakaian dan persekitaran, disamping memilih waktu dan tempat yang mustajab, terdapat adab-adab rohaniah yang perlu dipelihara dan di titik beratkan. Bahkan ia merupakan perkara asas dalam amalan. Faktor utama mendorong seseorang menikmati kelazatan munajat:

  1. Meluangkan masa yang lebih untuk merasai kelazatan munajat. Ini kerana khusyuk ada kalanya tidak dapat dilakukan dalam waktu yang singkat.
  2. Mengosongkan diri daripada segala perkara dunia yang memenuhi dan mengcengkam ruang hati.
  3. Menjernihkan hati dengan nilai-nilai murni yang trdapat dalam ajaran agama Islam
  4. Meyakini bahawa material semata-mata tidak dapat menyelamatkan manusia daripada neraka.
  5. Menghilangkan sifat-sifat kehaiwanan(nafsu dan sikap rakus) yang menghadangi dialog dengan ALLAH
  6. Membuang pengetahuan yang dicapai secara external yang menjadi prasangka sesat dan menjadi penghalang pencapaian rohani
  7. merenung dan memerhati alam dan diri sendiri untuk merasai kebesaran ALLAH SWT
  8. Memehami tabiat jiwa sendiri. Ia adalah lebih penting daripada seseorang itu berdakwa tahu hal-hal lain
  9. Mengingati Allah lebih daripada lintasan-lintasan fikiran sendiri.  

WALLAHUALAM......RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL..
Bersama-samalah kita berperbanyakan berzikir..saya mengingati diri saya sendiri juga.Sebagai hamba                         Allah tidak terlepas daripada melakukan dosa..          

No comments:

Post a Comment